ASSALAMUALAIKUM wbt, 

MUSIM SEJUK BAKAL DATANG TIDAK LAMA LAGI MENGUJI SAUDARA-SAUDARA KITA DI SEMPADAN TURKEY SYRIA (DAN BEBERAPA SEMPADAN LAIN DAN JUGA PALESTINE) KITA MUNGKIN TIDAK MAMPU MENGANGKAT SENJATA TETAPI KITA MAMPU MENGHULURKAN KASIH DAN RASA KEMANUSIAAN UNTUK MEREKA MENERUSKAN AMANAH KEHIDUPAN.

ALHAMDULILLAH, seperti tahun lalu dan tahun ini juga, THE TELEKUNG PROJECT (PPM-018-10-15082012) meneruskan misi bantuan kemanusiaan untuk saudara kita di sempadan TURKEY - SYRIA. Sepanjang september yang lalu telahpun berlangsung pengumpulan SOFT TOYS 4 UKHWAH untuk diserahkan kepada anak-anak di kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki-Syria. Oktober ini diteruskan pula dengan fasa pengumpulan Dana untuk Tepung Gandum dan pakaian winter.

INSHAALLAH, disamping sedang mengumpulkan pakaian dan keperluan winter seperti stokin, sarung tangan topi winter untuk dihantar ke sana, pihak TP juga sedang berusaha mengumpulkan DANA untuk menyediakan 100 tan tepung gandum untuk diserahkan kepada pihak NGO IHH, Turkey yang menjalankan usaha kilang roti di sempadan KILIS dan REYHANLI. Kilang itu beroperasi 24 jam untuk menyediakan roti dan diedarkan kepada pelarian syria di kem-kem seliaan mereka.

ANGGARAN DANA YANG DIPERLUKAN ADALAH;

(pengiraan mengikut harga tepung gandum di Malaysia)

<3 100 tan = (100 tan x 1000 kg) = 100000 kg

<3 1 kg tepung = RM 1.50 (average harga tepung di malaysia)

 Bermakna, anggaran dana diperlukan;

(RM 1.50 x 100000) = RM 150000 utk 100 tan tepung gandum.

Dana ini akan diserahkan kepada pihak NGO di turkey iaitu IHH untuk dimasukkan ke dalam tabung kilang roti syria.

Kepada yang sudi dan mahu menyumbang seikhlas hati boleh salurkan melalui;

CIMB Telekung Project (8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek

MBB Admin Telekung Project (5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz

(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan WINTER AID FOR SYRIA 2017

SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733/ +60197357151

Sgt penting: Mohon isikan borang di bawah utk tujuan DATA AUDITING KAMI:

Kempen ini akan dibuka sepanjang bulan Oktober ini untuk mengumpulkan dana utk 100 tan tepung gandum buat bekalan makanan utk pelarian-pelarian di syria. Namun, jika jumlah yang diperlukan telah pun mencukupi, admin akan segera menutup kempen ini segera kerana jumlah dana yang diperlukan hanyalah untuk 100 tan gandum. Walaubagaimana pun, admin sentiasa memerlukan sokongan sahabat semua utk share posting ini, agar lebih ramai sahabat-sahabat turut membantu dan sudi berkongsi sekurang-kurangnya RM 1.50 (1 kg tepung gandum) untuk mengalas perut saudara kita yang diuji ujian kesejukan.

NOTA: JANGAN SERAHKAN SUMBANGAN BERBENTUK TEPUNG KEPADA KAMI KERANA URUSAN PEMBELIAN TEPUNG AKAN DIURUSKAN DI TURKEY, BUKAN DI MALAYSIA.

Kepada yang mempunyai PAKAIAN WINTER yang hendak disumbangkan boleh hantarkan kepada;

THE TELEKUNG PROJECT

NO.4 JALAN ELEKTRON U16/96H

DENAI ALAM

40150 SHAH ALAM, SELANGOR

0193597733 / 0197357151

NOTA PENTING: KAMI HANYA MENERIMA PAKAIAN WINTER SAHAJA DAN TIDAK MENERIMA PAKAIAN LAIN SELAIN DARIPADA KELENGKAPAN WINTER. HARAP MAKLUM. PASTIKAN PAKAIAN YG DIBERIKAN DALAM KEADAAN BAIK DAN BERSIH.

SEKALI LAGI, Admin sangat memerlukan jasa sahabat semua untuk kongsikan kebaikan ini kepada seramai mungkin agar kempen ini berjaya seperti yang disasarkan dan mampu membantu saudara kita yang bukan hanya diuji peperangan malahan bakal diuji dengan kesejukan. RM 1.50 tidak akan membuatkan kita jatuh miskin, malahan ia mampu memberikan sebuah nilai kasih sayang tanpa sempadan. Semoga Allah memudahkan urusan kita semua dan juga usaha membantu saudara kita yang memerlukan.

Salam Ukhwah

Azila Aziz

3 OKTOBER 2017

KAEDAH TRANSAKSI *
BANK TELEKUNG PROJECT *
Powered byFormsiteReport abuse