ASSALAMUALAIKUM WBT,
 
ALHAMDULILLAH, SYUKUR KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA. 17 - 19 JUN YANG LALU TELAH SELAMAT DISEMPURNAKAN AMANAH UTK RAMADAN KIT SAUDARA KITA DI KEMBOJA. 400 DIEDARKAN DI KAMPUNG STUENG THMEI DAN MUSLIM SEKITAR BANDAR SIEMREAP, 300 LAGI DIAGIHKAN KE KAMPUNG PENDALAMAN IAITU DI KAMPUNG MONGKOL BOREY DAN KAMPUNG KLAKUM CHER DI DAERAH BANTEAY MEANCHEY SEKITAR 150 KM DARI BANDAR SIEM REAP.
 
Hasil daripada ziarah kami di kampung pendalaman tersebut, ternyata penduduk amat-amat memerlukan:
1. sumber air bersih daripada pembinaan perigi. (4 buah perigi)
2. generator utk bekalan elektrik di masjid kampung 
3. baik pulih sekolah agama yang telah usang (atap bocor, dan tingkap patah)
4. kelengkapan solat utk wanita (1000 pasang)
 
Oleh yang demikian, Pihak Telekung Project telah berbincang dengan wakil kampung berkenaan dan akan mula mengusahakan dana untuk perigi dahulu dan segera di bina apabila dana telah mencukupi. Apabila dana perigi telah cukup, TP akan usahakan juga utk keperluan lain di atas mengikut keutamaan iaitu; GENERATOR UTK MASJID (kos 1000 USD), membaik pulih sekolah agama (madrasah) kos sedang dikira dan 1000 pasang telekung. BUAT MASA INI, DIMULAKAN DENGAN USAHA UTK PERIGI DAHULU KERANA SUMBER AIR BERSIH AMAT-AMAT DIPERLUKAN.
 
TP mensasarkan 4 buah perigi iaitu, fokus pada kampung Mongkol Borey yang mempunyai sekitar 160 keluarga Muslim. Nisbah penggunaan perigi adalah; 1 perigi: 40 keluarga. Kos untuk sebuah perigi dianggarkan sebanyak 1000 USD (bersamaan dengan tukaran semasa; RM 4056) namun bergantung kepada kedalaman yg digali dan mekanisme digunakan. Secara purata, dana utk sebuah perigi adalah sebanyak RM 4000. Oleh yang demikian, TP akan buka peluang utk mengumpulkan dana sebanyak RM 4000 x 4 buah perigi = RM 16000.
 
Kepada yang berminat untuk menyumbang seikhlas hati (tiada nilai ditetapkan), boleh melalui saluran berikut:
 
<3 CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek

<3 MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz

(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan WAKAF PERIGI MONGKOL BOREY
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733/+60197357151
 
<3 <3 <3  PALING PENTING; ISIKAN BORANG DIBAWAH UTK REKOD AUDITING KAMI.


MENJADI AMALAN DALAM TP YG TIDAK MENGAMALKAN 'OPEN CAMPAIGN'; KEMPEN INI AKAN DIBUKA SELAMA 3 HARI SAHAJA BERMULA 21 JUN 2016 (11.00 PAGI) - 24 JUN 2016 (11.00 PAGI), TP AKAN UPDATE DARI MASA KE SEMASA PERKEMBANGAN KUTIPAN DANA WAKAF PERIGI INI. KEMPEN INI HANYA MENSASARKAN UNTUK 4 BUAH PERIGI SAHAJA (RM 4000 X 4 BUAH PERIGI = RM 16000). WALAUBAGAIMANA PUN, JIKA DANA YANG DIPERLUKAN TELAH MENCUKUPI, KEMPEN INI AKAN DITUTUP SEGERA.

JOM SAMA-SAMA MEREBUT PELUANG BERBUAT KEBAIKAN  DI BULAN RAMADAN INI, SEMOGA SETIAP TITIK AIR YANG MENGALIR MELALUI PERIGI INI AKAN MENJADI BEKALAN AMAL UTK KITA DI SANA KELAK. 

Semoga amalan kebaikan dan kebajikan yang dilakukan ini diterima Allah, Amin. JOM SEBARKAN, admin perlukan ihsan sahabat semua utk kongsikan KEBAIKAN ini..... 

Salam Ukhwah,
Azila Aziz
21JUN 2016
16 RAMADAN 1437H
 
 
KAEDAH TRANSAKSI *
BANK TELEKUNG PROJECT *
Powered byFormsiteReport abuse