Assalamualaikum,

Tanpa kita sedar, Ramadan semakin menghampiri dalam masa kurang 8 hari lagi. Semoga direzekikan olehNya untuk kita sama-sama berpeluang merebut bonus dan ibadat di bulan yang mulia ini.

Namun, dalam kita menghadapi persiapan menuju Ramadan serta Syawal, tahukah sahabat ada di antara kita diuji resah dan risau. Resah dan risau bagaimana untuk menyediakan keperluan insan yang memerlukan iaitu anak-anak yatim dan asnaf di bawah jagaan mereka. Admin boleh faham cabaran yang mereka hadapi. Begitulah setiap kali berjumpa, mereka akan meluah…. Malu untuk meminta bimbang disalah ertikan namun pada admin peluang beginilah yang perlu kita bantu untuk meringankan beban mereka. Paling tidak untuk sela waktu sementara mereka memikirkan untuk ‘generate’ income lain.

 

Cabaran Pertama: RUMAH JALINAN KASIH

  1. Sewa rumah asrama lelaki yang tertunggak (RM 1000 x 8) = RM 8000
  2. Sewa rumah asrama perempuan yang tertunggak (RM 800 x 5) = RM 4000
  1. Bil Elektrik tertunggak RJK 1 = RM 2837.69
  2. Bil elektrik tertunggak RJK 2 = RM 1385.75
  3. Bil elektrik tertunggak RJK 3 = RM 2357.85
  4. Bil Air tertunggak RJK 1 = 420.10
  5. Bil Air tertunggak RJK 2 = 234.90
  6. Bil Air tertunggak RJK 3 = 558.79
  1. Tunggak Yuran Pengajian Madrasah untuk Sembilan orang anak RJK di Melaka;

(Yuran Pendaftaran pelajar perempuan RM 667x4 orang = RM 2688.00)

(Yuran Pendaftaran pelajar lelaki RM 449 x1 orang = RM 449.00)

(Tunggakan yuran bulanan dari bulan januari RM 150 x 9 orang = RM 6750.00)

(Uniform kelas untuk pelajar lama RM 180 x 4 = RM 720.00)

Jumlah tunggakan di madrasah = RM 10587.00

<3 TOTAL CABARAN TUNGGAKAN = RM 30382.08

RANCANGAN UNTUK SPONSOR KELANGSUNGAN UNTUK SETAHUN (12 bulan dari JUN 2017 – JUN 2018)

  1. Sewa rumah asrama lelaki ( RM 1000 x 12 bulan) = RM 12000
  2. Sewa rumah asrama perempuan ( RM 800 x 12 bulan) = RM 9600
  3. Purata Utiliti ( RM 1500 x 12 bulan) = RM 18000

<3 TOTAL BESAR CABARAN UNTUK RJK (TUNGGAKAN + SPONSOR KELANGSUNGAN) = RM 69982.08 (dibundarkan menjadi RM 70000)

 

Cabaran Kedua: RUMAH ANAK YATIM SRI KUNDANG

Pihak pengurusan rumah anak yatim ini sedang membina bangunan 2 tingkat untuk tujuan Dewan Makan dan juga dorm asrama puteri untuk anak yatim. Mereka memerlukan kos tambahan seperti berikut:

  1. DORM ASRAMA ANAK YATIM PUTERI = RM 50000
  2. TAMBAHAN BUMBUNG DAN LANTAI UNTUK SAMBUNGKAN ANTARA BANGUNAN DEWAN MAKAN DAN ASRAMA PUTERA = RM 30000

TOTAL KOS YANG MASIH DIPERLUKAN = RM 80000

Setakat ini mereka telah membelanjakan kos pembinaan sebanyak RM 50000 dan masih kekurangan modal kos pembinaan sebanyak RM 80000 lagi.

Oleh yang demikian, melalui kempen SAVE A SHELTER 4 UKHWAH (nama kempen ini dipilih untuk kita sama-sama menyelamatkan tunggakan sewa asrama yang dihadapi oleh RJK dan melabur untuk membangunkan asrama puteri Rumah anak yatim Sri Kundang, ‘SAVE membawa maksud menyelamatkan/menyimpan/melabur) PERSATUAN KEBAJIKAN TELEKUNG PROJEK (THE TELEKUNG PROJECT) ingin mengajak sahabat semua untuk kita merebut peluang membantu kedua-dua buah rumah ini sebelum menjelang RAMADAN.

Ingin sekali admin meringankan beban pihak pengurusan RJK dan Sri Kundang agar mereka lebih lega dan selesa untuk menghadapi Ramadan dan meraikan Syawal yang bakal tiba. Kita hanya diuji untuk menjaga anak-anak kita di rumah tetapi mereka diuji untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim dan asnaf ini. Admin faham kedudukan dan keadaan yang mereka sedang hadapi kerana menjaga anak-anak yatim dan asnaf ini memerlukan belanja yang besar.

Usaha yang TP lakukan ini masih terlalu kecil kerana hanya dapat membantu RJK untuk kelangsungan asas selama setahun dan membantu Sri Kundang membina asrama. Admin percaya di masa mendatang mereka masih lagi memerlukan prihatin bantuan daripada kita semua. Setakat ini, biarlah TP fokus dulu untuk membantu mereka untuk cabaran-cabaran ini dahulu dan berdoa ke hadapan akan ada pihak – pihak lain yang akan tampil untuk membantu pengurusan rumah-rumah anak yatim dan asnaf ini.

Jadi, melalui kempen SAVE A SHELTER 4 UKHWAH ini TP mensasarkan cabaran selama 8 hari menuju Ramadan untuk mengumpulkan RM 70000 untuk Rumah Jalinan Kasih dan RM 80000 untuk Rumah Anak Yatim Sri Kundang. Bermakna admin perlukan bantuan sahabat sekalian dalam masa 8 hari ini untuk mengumpulkan dana sebanyak RM 150000 (RM 70000 + RM 80000) untuk kedua-dua buah rumah anak yatim ini.

Selama 8 hari ini, admin akan fokus kepada kempen ini dan berharap ianya Berjaya dikumpulkan dan dapat menghadiahkan kepada mereka kegembiraan menyambut bulan Ramadan. 

<3 <3 <3 Kepada yang berminat untuk merebut peluang kebaikan dan membantu seikhlas hati boleh melalui;

 
CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek
 
MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz
 
(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan SAVE A SHELTER 4 UKHWAH
 
 
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733/ +60197357151
 
Sgt penting: Mohon isikan borang di bawah utk tujuan DATA AUDITING KAMI:
 
 
KEMPEN FUNDRAISE INI AKAN DIJALANKAN BERMULA DARI 19/05/2017 JAM 3.00 PETANG DAN AKAN BERAKHIR PADA 27/05/2017 JAM 11.59 MALAM. WALAUBAGAIMANAPUN, JIKA JUMLAH YANG DIPERLUKAN SEBANYAK RM 150000 TELAH MENCUKUPI SEBELUM TAMAT KEMPEN, KEMPEN AKAN SEGERA DITUTUP KERANA TELAH MENCAPAI JUMLAH YANG DIPERLUKAN KERANA SASARAN HANYALAH UNTUK RM 70000 UNTUK RUMAH JALINAN KASIH DAN RM 80000 UNTUK RUMAH ANAK YATIM SRI KUNDANG.
 
Admin juga perlukan bantuan doa dari sahabat semua dan juga memohon sahabat-sahabat utk berkongsi kebaikan ini bersama sahabat-sahabat yang lain juga. Semoga usaha kecil ini akan memberikan kemudahan dalam kehidupan harian kita. Semoga Allah redha dan menerima amal kebajikan dan usaha yang sedang dilakukan, amin..... 
 
SEMOGA dengan azam berusaha untuk menceriakan dan meringankan beban pengurusan anak yatim/asnaf ini, dapat kita sama-sama menumpang pahala kebaikan dan bekal amalan kita di sana. Walaupun anak-anak ini anak yatim dan asnaf, kita juga belum lagi dapat menjangka di masa hadapan jika nanti anak dan keturunan kita juga diuji untuk menjadi anak yatim/asnaf, wallahullam.....
 
 
Salam Ukhwah
Azila Aziz
19 MEI 2017
22 SHAABAN 1438H
 
KAEDAH TRANSAKSI *
BANK TELEKUNG PROJECT *
Powered byFormsiteReport abuse