ASSALAMUALAIKUM,
 
Alhamdulillah, setelah berjaya mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada saudara kita di kem-kem pelarian di Syria melalui Winter Aid 4 Ukhwah 2016, fokus seterusnya Telekung Project adalah untuk membantu Adik Ajmal yang kini sedang di rawat di PPUM dan memerlukan prihatin kalian semua.
 
Admin telah bertemu sendiri dengan pegawai kebajikan hospital di PPUM yang handle kes adik ajmal ini dan mengesahkan keperluan SEGERA adik ajmal yang memerlukan dana pembedahan transplant hati di India sebanyak RM 250k iaitu kos pembedahan, rawatan, ubat-ubatan, keperluan kebajikan logistik dan penerbangan bagi adik ajmal dan penderma hati (Doakan ibubapanya lulus utk semua ujian dan layak menjadi penderma bagi adik ajmal ini). Walaubagaimana pun tarikh pembedahan tidak dapat ditentukan sehingga DANA MENCUKUPI dan pihak hospital bergantung kepada DANA yang diusahakan.
 
Admin juga telah ziarah adik ajmal, dan menerangkan niat tujuan TP untuk membantu sebaik mungkin untuk fundraise dan menyerahkan dana terkumpul kepada pihak PPUM utk menguruskan kos-kos yang berkaitan. ALHAMDULILLAH.
 
Memandangkan status kesihatan adik ajmal yang semakin memerlukan rawatan segera, admin MERAYU PRIHATIN KALIAN untuk kita berkongsi sama-sedikit untuk membantu adik ajmal agar SEGERA DAPAT MENJALANI PEMBEDAHAN PEMINDAHAN HATI YANG DIRANCANGKAN.
 
Kempen akan dibuka selama 2 minggu bermula 25 Disember 2015 sehingga 8 Januari 2016. Selepas 8 Januari, admin akan segera menyerahkan kos terkumpul kepada pihak hospital agar boleh disegerakan segala keperluan. (BERDOA JIKA DAPAT LEBIH CEPAT KOS YANG DIPERLUKAN TERKUMPUL, YA ALLAH ADMIN MENGHARAPKAN KEAJAIBAN, AMIN YA RABB)
 
Admin perlukan kalian semua utk viralkan dan sebarkan untuk membantu adik AJMAL ini. KLIK BUTANG SHARE DAN SEBARKAN KEBAIKAN 
 
Kepada yang ingin menghulur sumbangan boleh melalui:
 
CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek

MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz

(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan TRANSPLANT AJMAL
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60197357151

PALING PENTING; ISIKAN BORANG DIBAWAH UTK REKOD AUDITING KAMI.


KEMPEN INI AKAN DIBUKA SELAMA DUA MINGGU SAHAJA (25 DISEMBER 2015 - 8 JANUARI 2016) DAN SELEPAS ITU DENGAN SEGERA KOS AKAN DISERAHKAN KEPADA PIHAK HOSPITAL UNTUK SEGERAKAN URUSAN PEMINDAHAN HATI ADIK AJMAL DAN PENDERMA.

OLEH ITU, ADMIN MEMERLUKAN JASA BAIK DARIPADA SAHABAT SEMUA UNTUK KLIK BUTANG SHARE DAN VIRALKAN SERTA SEBARKAN UTK SAMA-SAMA KITA MENGAMBIL PELUANG MEMBANTU ANAK INI YANG KINI BENAR-BENAR MEMERLUKAN.

Terima kasih kerana sudi membaca kempen ini dan semoga Allah menerima amal kebajikan daripada kita semua.
 
SALAM MAULIDUR RASUL, SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASULLULLAH SAW, KELUARGA DAN SAHABAT BAGINDA, AMIN

Salam Ukhwah
Azila Aziz 
24 Disember 2015
 
BANK TELEKUNG PROJECT *
Powered byFormsiteReport abuse