#LOVEDOUGHPROJECT
 
ASSALAMUALAIKUM,
 
Adalah diilhamkan untuk membantu Rumah Jalinan Kasih mencari dana bulanan untuk mereka menampung perbelanjaan demi kebajikan anak-anak yatim/asnaf yang menghuni di sana. Baru-baru ini, TP bersama AIRIN telah melaksanakan kelas DIY homemade playdough bersama peserta yang terdiri daripada anak-anak dan ibubapa/penjaga. Aiman dan Ariff (founder AIRIN) sendiri yang mengajar anak-anak ini cara membuat play dough yang selamat tanpa bahan kimia dan boleh tahan lama jika disimpan dengan baik di dalam peti sejuk. Aiman merupakan anak yang cukup istimewa dan diberikan bonus diagnosed severe ADHD, dyslexic, dyscalcula and mild autistic dan ariff dyslexic, namun mereka sangat pintar dan pandai berdikari.
 
Inspirasi dari kelas DIY ini, dan tidak mahu ianya sekadar kelas datang dan pergi, TP panjangkan lagi kemahiran anak-anak ini untuk membentuk nilai empati dan kasih sayang dalam diri anak-anak ini. Kebetulan pada masa yang sama, RJK memerlukan dana bulanan untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak di bawah jagaan mereka.
Oleh yang demikian, TP mengilhamkan LOVE DOUGH PROJECT ini dimana anak-anak yang telah menghadiri kelas DIY PLAY DOUGH perlu menghasilkan LOVE DOUGH untuk dijual sebalang yang mengandungi pelbagai warna dengan harga RM 50 untuk mengumpulkan dana sebanyak RM 5000 dan diberikan kepada RUMAH JALINAN KASIH.
 
Anak-anak ini akan menyahut cabaran menghasilkan sebanyak 100 buah bekas LOVE DOUGH dan poskan kepada pembeli melalui project ini. Semua wang hasil jualan LOVE DOUGH yang dihasilkan oleh anak-anak ini akan disumbangkan kepada RUMAH JALINAN KASIH pada 31 Januari 2018 ini.
 
JOM SUPPORT USAHA ANAK KECIL UNTUK MEREKA MEMBANTU RUMAH ANAK YATIM/ASNAF MELALUI PROJECT INI.
BAGAIMANA?
 
LOVE DOUGH BERHARGA RM 50 SETIAP JAR YANG MENGANDUNGI PELBAGAI WARNA
 
LANGKAH 1: PILIH BERAPA JUMLAH JAR UNTUK PESANAN
 
LANGKAH 2: MASUKKAN PEMBAYARAN LOVE JAR KE AKAUN TP
 
CIMB Telekung Project (8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek
MBB Admin Telekung Project (5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz
 
‼️‼️‼️LANGKAH 3: SANGAT PENTING, ISIKAN MAKLUMAT PEMBELIAN/SUMBANGAN DI LINK BERIKUT UNTUK KAMI PROSES PENGEPOSAN PADA 30 JANUARI 2018
https://fs30.formsite.com/telekungproject/LOVEDOUGHPROJECTBATCH1/index.html
 
‼️‼️‼️PERHATIAN; KAMI HANYA PROSES PESANAN LOVE DOUGH MELALUI FORMSITE YANG DIISIKAN
LANGKAH 4: KAMI PERLUKAN KERJASAMA SAHABAT SEMUA UNTUK MENYEBARLUASKAN USAHA ANAK-ANAK KECIL INI UNTUK MENGUMPULKAN DANA MEMBANTU ANAK-ANAK YATIM/ASNAF SEBAYA MEREKA.
 
Semoga melalui usaha project ini bukan sahaja dapat membantu anak-anak yatim/asnaf di RJK malahan dapat membantu anak-anak ini untuk belajar menyayangi dan berusaha untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Setidak-tidaknya daripada hasil mereka menghadiri kelas DIY PLAY DOUGH hari itu, kini ilmu membuat playdough itu berkembang memberikan manfaat kepada insan lain.
 
Buat sahabat yang membeli LOVE DOUGH melalui project ini, kalian bukan sahaja membantu kelangsungan RJK namun meningkatkan jati diri dan keyakinan anak-anak kecil yang berusaha buat playdough ini bahawa usaha mereka bukanlah sesuatu yang sia-sia dan melalui PERMAINAN KREATIF JUGA MAMPU BERKEMBANG MENJADI SESUATU YANG BERMANFAAT UTK INSAN LAIN.
 
Jom sebarkan CABARAN TUJUH HARI INI…… mampu tak anak-anak ini kumpulkan RM 5000 utk diberikan pada RJK melalui penghasilan LOVE DOUGH mereka. Dan Paling istimewa, project ini diketuai oleh adik AIMAN (10 tahun ) dan ARIF (8 tahun) seorang anak yang cerdik
 
 
Salam Ukhwah,
Azila Aziz
23 JANUARI 2018

KAEDAH TRANSAKSI *
BANK TELEKUNG PROJECT *
Powered byFormsiteReport abuse